Petaling Jaya, 6 November 2019 – Pengunjung berhadapan dengan detik cemas berikutan insiden ‘letupan bom’ di bahagian bumbung dan menyebabkan dua pekerja cedera parah di pusat pembelajaran interaktif dan hiburan keluarga tertutup KidZania yang berlaku di sini, pagi ini.
Insiden ‘letupan bom’ yang mencetuskan suasana panik di pusat hiburan tersebut berjaya dikawal oleh sekumpulan pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat tersebut.
Keadaan yang tidak terkawal seolah-olah berada di ‘zon perang’ itu sebenarnya adalah antara adegan simulasi ancaman bom yang berjaya membuatkan lebih 100 pengunjung teruja melihat babak tersebut.
Simulasi anjuran KidZania ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai khasnya pengunjung pusat berkenaan supaya melakukan tindakan mengikut tatacara yang betul serta peka dengan arahan semasa daripada pihak keselamatan jika berhadapan dengan situasi cemas seperti letupan bom atau kebakaran.
Antara pihak yang terlibat menjayakan simulasi tersebut adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Unit Kereta Peronda Balai Damansara serta Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
Turut hadir Pengurus Besar KidZania Kuala Lumpur, Encik Shahrul Nizar Ahmad, Pengurus Pengurusan Banggunan Curve NX, Encik Ahmad Faizal Jamil, pegawai-pegawai kanan polis, warga Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), JBPM dan KidZania.

Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan pemeriksaan di lokasi letupan dan kawasan seluruh bangunan.

Antara aset-aset Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan tindakan Render Safe Procedure (RSP).

Berlaku satu letupan di aras bumbung banggunan dan telah mengakibatkan kecederaan terhadap beberapa orang pasukan keselamatan (ERT) Kidzania.

Pasukan ERT yang cedera telah dibawa turun dan diberi rawatan oleh pihak perubatan.

Banggunan KidZania dikosongkan dan semua pekerja KidZania dan kanak-kanak berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan.

Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba ke lokasi kejadian.

Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan pemeriksaan di lokasi letupan dan kawasan seluruh bangunan.

Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan tindakan Render Safe Procedure (RSP).

Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan tindakan Render Safe Procedure (RSP).

Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah selesai menyelamat dengan jayanya.

Bergambar kenangan.