Berita

POLIS BANTU BELI BAJU, BERI DUIT TAMBANG KEPADA LELAKI KEMURUNGAN TIDAK BEPAKAIAN

Petaling Jaya, 11 November 2019 - Sekumpulan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi membantu seorang lelaki tidak berpakaian yang menghadapi kemurungan sehingga tidak dapat mengawal perasaan di depan Daya Bumi, Kuala Lumpur hari ini.

Mereka membelikan pakaian dan memberikan sedikit wang saku sebagai tambang pulang ke rumahnya di Brickfields, selepas menyoal lelaki berkenaan.

“Beliau menyatakan menghadapi tekanan sehingga tidak dapat mengawal perasaannya akibat masalah peribadi, menyebabkannya meminum minuman keras secara berlebihan sehingga beliau tidak sedar yang beliau berbogel di khalayak ramai,” kata Ketua Polis Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visunathan Abdullah dalam kenyataannya, semalam.

Polis mendapat maklumat daripada anggota trafik tentang seorang lelaki berjalan berbogel di hadapan mercu tanda ibu negara itu pada lebih kurang 3.27 petang, semalam.

Sebuah kereta peronda dan anggota unit rondaan bermotosikal diarah ke lokasi dan menemui lelaki berkenaan.

Mereka berjaya memujuknya masuk ke dalam kereta peronda tanpa sebarang kelakuan agresif.

Bacaan lanjut : https://www.freemalaysiatoday.com/…/polis-bantu-lelaki-bog…/

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS