Berita

INFO BALAI: BALAI POLIS SENTRAL

Terletak di tengah bandar Sibu, Sarawak, Balai Polis Sentral mula beroperasi pada 20 April 2009 dan dibuka secara rasmi oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak ketika itu, DCP Datuk Mortadza Nazarene pada 9 November 2011.

Balai berkenaan bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan penduduk di kawasan seluas 14,887 kilometer persegi, dengan majoritinya terdiri daripada golongan peniaga, pekerja swasta dan penjawat awam.

Balai Polis Sentral yang dibina atas tapak seluas 0.65 hektar tersebut turut dilengkapkan dengan sebuah blok pentadbiran setinggi empat tingkat, lokap dan pondok pengawal.

Kini, balai berkenaan diketuai oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Asisten Superintenden Polis (ASP) dengan dibantu oleh 82 Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam pelbagai pangkat.

Alamat: Balai Polis Pusat Sibu, Jalan Kampung Nyabor, 96000 Sibu, Sarawak.

Talian telefon : 084-336144.

Image may contain: sky, tree and outdoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS