Berita

#InfoKPN: JOM KENALI KPN KETIGA

Ketua Polis Negara Ketiga: Tan Sri Haji Abdul Rahman Hashim (1.02.1973 - 07.06.1974)

Tan Sri Haji Abdul Rahman Hashim dilahirkan pada 17 Julai 1925 di Yan, Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Sungai Limau Dalam, di Yan sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah.

Tan Sri Haji Abdul Rahman telah mendirikan rumahtangga bersama dengan Puan Sri Hajah Halimah Haji Mohd. Isa dan telah dikurniakan dengan tujuh orang cahaya mata.

Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang ketiga pada 1 Februari 1973. Beliau menyertai pasukan polis sejak 1948. Pengalaman luas beliau di dalam bidang kepolisan telah berjaya menempatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pasukan yang mantap dan disegani.

Kematian tragisnya angkara anasir subversif pada 7 Jun 1974 merupakan kehilangan besar kepada PDRM dan Negara Malaysia. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada. Al-Fatihah.

Sumber: Muzium Polis Diraja Malaysia

Image may contain: 1 person, smiling, standing and closeup

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS