Berita

PIC OF THE DAY

Dari mata turun ke hati. 😊❤

Pasti ada dalam kalangan anda pernah menerima 'surat cinta' dari kami sejurus 'ditembak' menggunakan kamera perangkap laju atau "Trucam" ini bukan?

Trucam yang digunakan oleh Inspektor Ummul Hidayah Haji Khadari dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ini merupakan produk keluaran Amerika Syarikat dan telah diguna pakai oleh JSPT sejak dari tahun 2009 lagi.

Antara ciri menarik kamera berkenaan ialah, ia mampu berfungsi di kala waktu siang dan malam, di samping dapat menghasilkan imej serta video berwarna pada resolusi yang tinggi.

Selain itu, tembakan jarak lasernya terhadap kenderaan yang melanggar undang-undang dan peraturan jalan raya adalah pada kadar 15 hingga 150 meter pada kelajuan sehingga 322 kilometer per jam!

Bagaimana. Hebat bukan kamera kami?

#PicOfTheDay
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#JabatanSiasatanDanPenguatkuasaanTrafik
#PDRM
#RMP
#JSPT
#22012020

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS