Berita

POSTING PILIHAN: EH! SI COMEL BUAT APA DALAM ENJIN KERETA ABANG POLIS?

Seekor anak kucing yang terperangkap dalam enjin kereta seorang Pegawai Kanan Polis di Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, Perak, bernasib baik apabila ia berjaya diselamatkan.

Dalam kejadian pada minggu lalu itu, Inspektor Gerakan Batalion 1 PGA, Inspektor Mohd Syukri Abdul Talib yang sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Bidor ke Ulu Kinta terdengar bunyi kucing pada bahagian dalam kenderaannya.

Atas dasar prihatin, beliau telah membuat pemeriksaan sebelum terlihat seekor anak kucing yang comel terperangkap di bahagian hadapan kenderaanya.

Dengan bantuan rakan-rakan pejabat, anak kucing tersebut berjaya dikeluarkan dengan selamat sebelum diberi makan dan tempat tinggal yang selesa.

Terima kasih Tuan Mohd Syukri dan rakan-rakan kerana berjaya menyelamatkan detik cemas anak kucing tersebut. Semoga si comel membesar dengan sihat dan kuat!

Image may contain: 1 person
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS