Berita

KPN LUANGKAN MASA BERSAMA WARGA PERKEP PDRM

Kuala Lumpur, 23 Januari 2020 – Pepatah Melayu ada menyebut bahawa di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada seorang wanita yang berdiri teguh dibelakangnya.

Begitulah perumpamaannya dengan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia yang dilihat sebagai tulang belakang kepada keutuhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga ke hari ini.

Berucap dalam Majlis Ramah Mesra Ketua Polis Negara (KPN) Bersama PERKEP Malaysia, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menzahirkan penghargaannya kepada persatuan wanita berusia 52 tahun itu yang disifatkan penuh berwibawa dalam menyatupadukan keseluruhan warga PDRM.

“Semoga PERKEP akan terus berdiri teguh dan melakar lebih banyak kejayaan serta kecemerlangan, sekali gus menjulang martabat kaum wanita seluruhnya,” ujar beliau di hadapan kira-kira 200 warga PERKEP Malaysia yang hadir di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini.

Tan Sri Abdul Hamid turut meluangkan masa hampir 30 minit melihat hasil kraftangan dan aktiviti sepanjang tahun persatuan tersebut di mini galeri PERKEP Malaysia sambil diiringi isterinya merangkap Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor dan isteri merangkap Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Farihah Mohd Zamri, barisan Pengarah PDRM dan isteri merangkap Pengerusi PERKEP jabatan PDRM, Ketua Urus Setia KPN merangkap Penyelaras Majlis, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf dan isteri, Datin Fatimah Haji Moyedden serta para pegawai kanan PDRM.

Image may contain: 7 people, people standing and indoor
Sesi bergambar kenangan barisan pucuk pimpinan tertinggi PDRM dan PERKEP Malaysia.

Image may contain: 4 people, people standing and outdoor
Ketibaan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, PULAPOL Kuala Lumpur.

Image may contain: 5 people, people standing
Ketibaan Pengerusi PERKEP Malaysia Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, PULAPOL Kuala Lumpur.

Image may contain: 7 people, flower, wedding and table
Bacaan doa.

Image may contain: 6 people, people sitting, table, indoor and food
Bacaan doa.

Image may contain: 3 people, wedding
Sekitar Majlis Ramah Mesra Ketua Polis Negara (KPN) Bersama PERKEP Malaysia di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, PULAPOL Kuala Lumpur.

Image may contain: 6 people, people standing
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador beramah mesra bersama warga PERKEP Malaysia.

Image may contain: 4 people, people on stage, people playing musical instruments and people sitting
Sekitar persembahan berlangsung di Majlis Ramah Mesra Ketua Polis Negara (KPN) Bersama PERKEP Malaysia.

Image may contain: 4 people, people standing
Sekitar persembahan berlangsung di Majlis Ramah Mesra Ketua Polis Negara (KPN) Bersama PERKEP Malaysia.

Image may contain: 6 people, people on stage, people playing musical instruments and people standing
Sekitar persembahan berlangsung di Majlis Ramah Mesra Ketua Polis Negara (KPN) Bersama PERKEP Malaysia.

Image may contain: one or more people, people on stage, people standing and outdoor
Sekitar persembahan berlangsung di Majlis Ramah Mesra Ketua Polis Negara (KPN) Bersama PERKEP Malaysia.

No photo description available.
Sekitar persembahan koir daripada wakil-wakil PERKEP Malaysia.

Image may contain: 1 person, standing and flower
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador membuat lawatan di mini galeri PERKEP Malaysia.

Image may contain: 4 people
Sekitar lawatan di mini galeri PERKEP Malaysia.

Image may contain: 3 people, people standing
Bergambar kenangan.

Image may contain: 12 people, people standing
Bergambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS