Berita

PDRM FA TERIMA TAJAAN DARIPADA REDONE NETWORK SDN BHD

Kuala Lumpur, 23 Januari 2020 – redONE Network Sdn. Bhd. berbesar hati menaja pasukan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM), The Cops, demi membawa skuad tersebut menjuarai Liga Super pada tahun ini.

Majlis menandatangani kontrak penajaan bersama syarikat tersebut disempurnakan antara ketua pegawai eksekutifnya, Encik Mohd Farid Yunus dengan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor yang mewakili Persatuan Bolasepak PDRM di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.

Dalam ucapannya tadi, Dato' Pahlawan Mazlan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan, kepada pihak redONE Network atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan kepada The Cops untuk meneruskan persaingan bagi musim tahun 2020.

Tambah beliau, The Cops harus memberi saingan sengit kepada barisan pasukan lain di peringkat Liga Super yang mana Liga Malaysia akan membuka tirainya pada 28 Februari 2020 sekaligus dapat bersaing bersama nama-nama besar dalam arena sukan bola sepak negara.

Perlawanan pertama dalam Liga Super Malaysia 2020 akan membuka tirainya dengan perlawanan Piala Sumbangsih yang menemukan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juara Piala FA, Kedah di Stadium Sultan Ibrahim Larkin, Iskandar Puteri, Johor.

Turut hadir, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak PDRM, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik merangkap Naib Presiden 2 Persatuan Bolasepak PDRM, DCP Dato' Azisman Alias, pegawai kanan PDRM serta wakil media.

Image may contain: 3 people, people standing
Sesi pertukaran dokumen kontrak penajaan antara Persatuan Bolasepak PDRM dan redONE Network Sdn. Bhd.

Image may contain: 3 people, indoor

Sekitar Majlis Menandatangani Kontrak Penajaan antara Persatuan Bolasepak PDRM dan redONE Network Sdn. Bhd.

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor
Antara wakil pihak redONE Network Sdn. Bhd. yang hadir ke Majlis Menandatangani Kontrak Penajaan.

Image may contain: 5 people, indoor
Sekitar Majlis Menandatangani Kontrak Penajaan antara Persatuan Bolasepak PDRM dan redONE Network Sdn. Bhd.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS