Berita

POSTING PILIHAN: PPM HULURKAN BANTUAN KEBAJIKAN MENGURUS KELUAR JENAZAH PESARA TUDM DARI PULAU LANGKAWI

Langkawi, 27 September 2020 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Langkawi telah menghulurkan bantuan kebajikan dengan mengurus proses membawa keluar jenazah seorang pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pulau Langkawi ke Jeti Kuala Perlis, semalam.

Jenazah Allahyarham telah dibawa menggunakan bot ronda RH 9 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jenazah Allahyarham Ismail Idris, 67 yang meninggal dunia di pulau tersebut ketika sedang bercuti bersama keluarga, kemudiannya dibawa pulang ke Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Seluruh warga kerja PDRM menzahirkan salam takziah buat ahli keluarga. Marilah kita bersama mendoakan agar Allah S.W.T hujani segala rahmat serta keberkatan ke atas roh beliau, seterusnya ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh dan beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Pasukan Polis Marin Langkawi

Image may contain: one or more people, people standing, people sitting, ocean, sky, outdoor, water and nature
Image may contain: one or more people
Image may contain: one or more people, people sitting, ocean, outdoor, water and nature
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS