Berita

POSTING PILIHAN: SARJAN (B) ABDUL LATIF DAN RAKAN LUANG MASA BERSARA LAKUKAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN

Kubang Pasu, 29 September 2020 - Seorang pesara polis berpangkat Sarjan iaitu Sarjan (Bersara) Abdul Latif Yahya, 58, bersama tiga rakan giat menjalankan khidmat masyarakat secara sukarela di sekitar kawasan kejiranan mereka di Taman Pulasan, Jitra, di sini.

Beliau bersama Encik Shoberi Hashim, 64, Encik Hassan Abdul, 62, dan En. Fadilah Abdullah, 66 yang juga merupakan pesara kerajaan mengisi masa terluang yang ada dengan membersihkan kawasan semak samun, menyiram bunga dan memotong dahan pokok kerana sudah biasa dengan kerja-kerja kebajikan seperti itu sejak dalam perkhidmatan dahulu.

Pasukan yang menggelarkan diri mereka sebagai "Rapid Respond Team" (RTT) Taman Pulasan itu juga mempunyai pengetahuan dalam pertolongan cemas dan lain-lain kemahiran yang boleh dimanfaatkan dalam masyarakat setempat.

Sumber: Polis Kedah

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Image may contain: one or more people, plant and outdoor

Image may contain: 1 person, standing
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS