Berita

POSTING PILIHAN: PPM RAMPAS ROKOK, MINUMAN KERAS HAMPIR RM8 JUTA

Klang, 1 Oktober 2020 - Pasukan Polis Marin (PPM) merampas pelbagai jenis rokok seludup serta arak bernilai hampir RM8 juta di sebuah gudang di Telok Gong, dekat sini, semalam.

Komander PPM Bukit Aman, SAC Tuan Mohd Yusoff Mamat berkata, sindiket berkenaan berjaya dipatahkan selepas risikan selama dua bulan dijalankan pasukannya.

Katanya, dalam serbuan yang diadakan pada jam 4 petang semalam, pasukan serbuan mengekori sebuah lori lima tan jenis bonded dari Banting.

"Sebaik tiba di gudang, sebuah lagi lori dikesan keluar dan diletakkan di satu kawasan lapang di sebelah gudang berkenaan.

"Hasil pemeriksaan terhadap dua lori serta gudang berkenaan menemukan 1,059 kotak rokok putih serta 84 kotak yang mengandungi 1,008 botol arak pelbagai jenama.

"Kesemua rampasan rokok dan arak termasuk cukai serta dua lori dianggarkan hampir RM8 juta," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi pautan: https://www.bharian.com.my/…/ppm-rampas-rokok-minuman-keras…

Sumber: Pasukan Polis Marin & Berita Harian Online

Image may contain: 3 people
Image may contain: 3 people
Image may contain: 3 people, text that says 'ROYAL MALAYSIA POLICE MARINE POLICE FORCE CMACGM 0'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS