Berita

POSTING PILIHAN: KPN RASMI PENUTUPAN SAMBUTAN HARI INOVASI PDRM 2020

Kuantan, 2 Oktober 2020 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2020 yang berlangsung di Auditorium Darul Makmur (ADAM), Radio Televisyen Malaysia (RTM) Pahang, di sini, pagi tadi.

Dalam ucapannya, Tan Sri Abdul Hamid berkata, penganjuran tahun ke-15 Hari Inovasi PDRM itu adalah bukti komitmen tinggi Pasukan dalam menerapkan budaya kerja berinovasi bagi memenuhi keperluan dasar Kerajaan dan melangkaui ekspektasi yang telah digariskan.

“Inisiatif-inisiatif strategik baharu yang ditonjolkan melalui program seumpama ini mampu meningkatkan produktiviti dan hasil penyampaian perkhidmatan Pasukan, bagi memastikan agensi ini terus kekal relevan, dalam mendepani arus penugasan kepolisan moden yang kian mencabar,” ujar beliau.

Hari Inovasi PDRM yang berlangsung dari 28 September lalu hingga semalam, menyaksikan Kumpulan TSM 2020 dari Jabatan Logistik dan Teknologi, Ibu Pejabat Polis (IPP) Bukit Aman mengungguli kategori penambahbaikan projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) menerusi “C4i-Intelligent Led Policing for Emerging Hotspot Real-Time Responder”.

Manakala tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Der Bleu Soldat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Selangor menerusi projek “Rakan Rumah Ibadat” dan Kumpulan ePesara dari Jabatan Pengurusan, IPP Bukit Aman menduduki tempat ketiga bagi projek “Sistem e-Pesara PDRM”.

Bagi kategori penciptaan KIK pula, Kumpulan Tenggara Innovator dari Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pahang memenangi tempat pertama menerusi projek “Smuggling Border Tracker”, manakala Kumpulan Synergy Wow dari IPD Putrajaya, Kuala Lumpur dengan projek “Penghadang Tempat Kemalangan” pula menduduki tempat kedua.

Tempat ketiga disandang oleh Kumpulan Der Bleu Soldat dari IPD Klang Utara, Selangor menerusi projek “Alat Pengutip Kelongsong Peluru”.

Dalam majlis tersebut, Tan Sri Abdul Hamid Bador turut menyaksikan penyerahan momento KIK bagi tahun 2021 oleh Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan kepada Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay.

Turut hadir, barisan Pengarah PDRM, Timbalan Pengarah Penyiaran Jabatan Penyiaran Pahang, Puan Rida Suzirawati Muda dan warga PDRM.

Image may contain: 1 person, standing, text that says 'SAMBUTAN HARI INOVASI POLIS DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2020 DISEMPURNAKAN OLEH YDH IG TAN SRI DATO' SERI ABDUL HAMID BIN BADOR KETUA POLIS NEGARA 2 OKTOBER 2020 (JUMAAT) AUDITORIUM RTM PAHANG 'PEMBUDAYAAN INOVASI PEMANGKIN KEPOLISAN MODEN''

Image may contain: one or more people and night

Image may contain: 1 person, sitting

Image may contain: 2 people, people sitting
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS