Berita

#PKPP #COVID-19 SUMBANGAN YAYASAN AL-KHALIFA BIN ZAYED AL-NAHYAN (MALAYSIA) PENGHARGAAN BESAR BUAT PDRM

 

Kuala Lumpur, 5 Oktober 2020 - Sumbangan berupa 120 kotak kurma istimewa jenis Al-Madinah yang disampaikan sendiri oleh Penasihat Yayasan Al-Khalifa Bin Zayed Al-Nahyan (Malaysia), Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Mariamz Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj adalah satu penghargaan besar kepada petugas barisan hadapan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Pengarah Pengurusan, CP Dato' Ramli Haji Din, sumbangan tersebut juga dilihat sebagai menghargai pengorbanan warga PDRM yang bertungkus-lumus membantu Kerajaan Malaysia dalam mengekang penularan wabak pandemik COVID-19.

"PDRM amat menghargai keprihatinan serta sokongan yang diberikan oleh Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Mariamz dan Yayasan Al-Khalifa Bin Zayed Al-Nahyan (Malaysia).

"Setiap bantuan yang disumbangkan sama ada oleh agensi-agensi kerajaan, pihak swasta mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO) kepada PDRM selama ini, telah menyemarakkan lagi semangat warga Pasukan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan negara," ucap beliau dalam majlis ringkas yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Kesemua sumbangan yang diterima akan diagihkan kepada warga PDRM di peringkat Bukit Aman, Kontinjen Kuala Lumpur dan Selangor.

Dato' Ramli juga berterima kasih kepada Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Mariamz yang telah sudi meluangkan masa menghadiri majlis anjuran Bahagian Kebajikan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman dan diharapkan ia akan menjadi teladan buat warga PDRM.

"Penglibatan keluarga Diraja dalam kerja-kerja kebajikan seumpama ini, akan menjadi teladan serta inspirasi kepada seluruh warga Pasukan, untuk menyumbang tenaga dan mencurah bakti, demi kemaslahatan agama, bangsa dan negara.

Hadir sama, anakanda kepada Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Mariamz, Yang Mulia Tunku Sofiya Ahmad, barisan Pengarah PDRM, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, SAC Tuan Shaharon Anuar Abdul Latif, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Selangor, SAC Datuk Sulaiman Salleh, Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan), ACP Puan Norashikin Abdul Razak dan rakan-rakan media.

#STAYHOME #BESAFE #PRAY4MALAYSIA
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN


Penasihat Yayasan Al-Khalifa Bin Zayed Al-Nahyan (Malaysia), Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Mariamz Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj menyampaikan sumbangan berupa 120 kotak kurma istimewa jenis Al-Madinah kepada Pengarah Pengurusan, CP Dato' Ramli Haji Din untuk diagihkan kepada warga PDRM di peringkat Bukit Aman, Kontinjen Kuala Lumpur dan Selangor.


Bergambar kenangan.


Ketibaan Penasihat Yayasan Al-Khalifa Bin Zayed Al-Nahyan (Malaysia), Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Mariamz Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.


Penasihat Yayasan Al-Khalifa Bin Zayed Al-Nahyan (Malaysia), Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Mariamz Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj menandatangani buku pelawat.


Bacaan doa bagi memberkati majlis.


Bacaan doa bagi memberkati majlis.


Ucapan oleh Penasihat Yayasan Al-Khalifa Bin Zayed Al-Nahyan (Malaysia), Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Mariamz Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.


Penasihat Yayasan Al-Khalifa Bin Zayed Al-Nahyan (Malaysia), Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Mariamz Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj menyampaikan sumbangan berupa kurma istimewa jenis Al-Madinah kepada Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, SAC Tuan Shaharon Anuar untuk diagihkan kepada warga PDRM di peringkat Kontinjen Kuala Lumpur.


Penasihat Yayasan Al-Khalifa Bin Zayed Al-Nahyan (Malaysia), Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Mariamz Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj menyampaikan sumbangan berupa kurma istimewa jenis Al-Madinah kepada Ketua Jabatan Pengurusan IPK Selangor, SAC Datuk Sulaiman Salleh untuk diagihkan kepada warga PDRM di peringkat Kontinjen Selangor.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS