Berita

POSTING PILIHAN: PENGARAH JLOG ADAKAN LAWATAN KERJA KE IPD TIMUR LAUT

Georgetown, 30 September 2020 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini, baru-baru ini.

Kunjungan beliau yang disambut oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Tuan Soffian Santong itu bertujuan melihat kerja-kerja penambahbaikan lif dan lain-lain keperluan bagi para anggota polis yang tinggal di kawasan kuarters.

Selain itu, Datuk Seri Haji Mazlan turut melawat perumahan kakitangan Polis Diraja Malaysia di Farlim Fasa 1.

Sumber: IPD TIMUR LAUT, PULAU PINANG

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS