Berita

PENAMBAHBAIKAN iPRS BANTU PERMUDAH URUSAN PENGADU, TINGKAT KUALITI PERKHIDMATAN PDRM


Kuala Lumpur, 8 Oktober 2020 – Penambahbaikan Sistem Laporan Polis Bersepadu atau 'Integrated Police Reporting System' (iPRS) mampu memudahkan urusan masyarakat dalam membuat dan menyemak status laporan polis, disamping meningkatkan kualiti perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selari dengan motto “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

Menurut Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim, iPRS kini turut diintegrasikan dengan sistem dalaman PDRM dan agensi luar seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Imigresen Malaysia, bagi tujuan siasatan Polis.

“Dengan adanya sistem ini, penyampaian maklumat dan tindakan PDRM dapat dimaklumkan kepada pengadu dengan cepat dan berkesan melalui penjanaan notis pemberitahuan status laporan dan kemajuan siasatan melalui email serta akses ke Sistem Semakan Online (SSO),” ucap beliau dalam Majlis Penyerahan dan Pentauliahan iPRS kepada PDRM di Hotel Majestic, di sini, pagi tadi.

Tambah beliau lagi, penaiktarafan iPRS tersebut juga adalah selari dengan kehendak dan teknologi semasa yang bukan sahaja melibatkan PDRM sebagai pengguna, tetapi masyarakat sebagai pengadu serta pelanggan utama.

Dalam majlis tadi, Datuk Seri Mazlan yang mewakili pucuk pimpinan PDRM turut menyaksikan penyerahan dan pentauliahan iPRS oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat AMP System Sdn. Bhd., Encik Mazwan Dato' Sri Mustaffa dengan Timbalan Pengarah JLog (Teknikal/Operasi) merangkap Ketua Projek iPRS, DCP Dato' Shukri Abdullah.

Syarikat AMP System Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang membangunkan iPRS sejak dari permulaan kontrak oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 1 Oktober 2017.

Turut hadir, Setiausaha Bahagian Perolehan KDN, Dato‘ Ahmad Firdaus Baharuddin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Zainuddin Yaacob, CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass, Ketua Penolong Pengarah JLog (Telekomunikasi dan Sistem Maklumat), SAC Tuan Mohd Kamal Kordi dan rakan-rakan media.

Image may contain: 3 people, people standing
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim menyaksikan penyerahan dan pentauliahan iPRS oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat AMP System Sdn. Bhd., Encik Mazwan Dato' Sri Mustaffa dengan Timbalan Pengarah JLog (Teknikal/Operasi) merangkap Ketua Projek iPRS, DCP Dato' Shukri Abdullah.

Image may contain: 3 people, people standing
Bergambar kenangan.

Image may contain: 2 people, text that says 'PDRM AMPSYS SYS AMPSYSTERSSONEHD KUAL UMP MAJLIS PENYERAHAN PENTAULIAHAN PROJEK INTEGRATED POLICE REPORTING SYSTEM (iPRS) KEPADA POLIS DIRAJA MALAYSIA DISAKSIKAN DISAKSKANOLEH OLEH YDH cp DATUK SERI HJ. MAZLAN BIN LAZIM PENGARAH JABATAN LOGISTIK TEKNOLOGI POLIS DIRAJA MALAYSIA THE CANOPY, MAJESTIC HOTEL KUALA LUMPUR 8 OKTOBER 2020'
Ucapan oleh Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim di Majlis Penyerahan dan Pentauliahan iPRS kepada PDRM.

Image may contain: 1 person, standing
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat AMP System Sdn. Bhd., Encik Mazwan Dato' Sri Mustaffa menyampaikan cenderahati kepada Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim.

Image may contain: 2 people, people standing, suit and beard
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat AMP System Sdn. Bhd., Encik Mazwan Dato' Sri Mustaffa.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS