Berita

KETUA KOMUNIKASI KORPORAT PDRM KONGSI KAEDAH PENGURUSAN MEDIA DENGAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SPRM

Kota Tinggi, 9 September 2020 - Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Dato’ Asmawati Ahmad berbesar hati berkongsi pengalaman beliau dalam pengurusan media kepada para peserta semasa sesi ceramah bertajuk ‘Pengurusan Media Semasa Krisis’ sempena Mesyuarat Pemantapan Pengurusan Media Pegawai Perhubungan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Lotus Desaru Beach Resort & Spa, Johor, di sini, hari ini.

Ceramah yang dihadiri oleh 33 pegawai perhubungan SPRM setiap negeri itu antara lainnya turut menggariskan peranan, tatacara dalam pengurusan komunikasi dan media bagi memastikan setiap maklumat jabatan yang hendak disampaikan kepada masyarakat perlu tepat serta difahami.

Turut hadir dalam ceramah yang disampaikan adalah Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Tuan Kamaruddin M. Ripin.

1

2

3

4



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS