Berita

[ARTIKEL PILIHAN] VIDEO TULAR: POLIS SANGKAL DAKWAAN PEMANDU MYVI ELAK KENDERAAN BERHENTI

Johor Bahru, 11 Oktober 2020 - Polis menyangkal dakwaan pemandu kereta Perodua Myvi mengelak kenderaan berhenti di depannya hingga terlibat dalam kemalangan mengakibatkan kematian di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi dekat sini, semalam.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, rakaman video yang tular di media sosial jelas menunjukkan kereta dipandu wanita berusia 23 tahun itu merempuh kereta Honda Accord dinaiki mangsa hingga kedua-dua kereta terbalik.

Katanya, video tersebut turut membuktikan dakwaan wanita itu tidak benar sama sekali terdapat kereta lain di hadapan keretanya melainkan tindakannya memecut laju ketika sampai di lokasi kejadian.

“Dakwaan ada kereta berhenti di hadapannya, tidak benar. Dia memang laju.

“Ada banyak kesalahan yang dilakukan. Tidak mempunyai lesen kenderaan, cukai jalan tamat tempoh, positif Methamphetamine lagi,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.kosmo.com.my/.../polis-sangkal-dakwaan.../

Sumber:
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS