Berita

  • TAN SRI NOOR RASHID DIRAIKAN DALAM MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA WARGA USKPN

    Mar 08, 2019
    Kuala Lumpur, 8 Mac 2019 – Bagi menghargai jasa dan pengorbanan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim yang telah berkhidmat selama 35 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akan menjalankan persaraan wajib pada 17 Mac ini, satu Majlis Ramah Mesra bersama Warga Urus Setia KPN telah diadakan di Mess Pegawai Kanan, Bukit Aman, petang tadi.
    Baca Lagi
  • SARUNG BERET ‘MAROON’, 15 OPERATIF BAHARU UTK SEDIA DIATUR GERAK

    Mar 08, 2019
    atu majlis pemakaian beret ‘maroon’ kepada operatif baharu UTK oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani telah diadakan di perkarangan Kompleks UTK Bukit Aman bersempena Lawatan Kerja pertama beliau sejak menjawat jawatan tersebut pada Oktober tahun lalu. Turut diadakan, Upacara Penganugerahan Beret Kehormat UTK dan Penyampaian Sijil Kepada Dato’ Sri Acryl Sani oleh Komander UTK, SAC Mohd Khairi Khairuddin.
    Baca Lagi
  • PROGRAM JALINAN NUR KASIH BANTU RINGANKAN BEBAN AHLI PERKEP

    Mar 08, 2019
    Kuala Lumpur, 8 Mac 2019 – Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia melalui Biro Kebajikan PERKEP Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) telah menganjurkan Program Jalinan Nur Kasih yang bermatlamat untuk membantu meringankan beban warganya yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, dekat sini, sebentar tadi.
    Baca Lagi
  • PENGARAH PENGURUSAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KSU KATS

    Mar 07, 2019
    Kuala Lumpur, 7 Mac 2019 - Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia, CP Dato' Abd Rahim Jaafar berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Datuk Zurinah Pawanteh di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.
    Baca Lagi
  • LAWATAN KEBAJIKAN KETUA POLIS JOHOR

    Mar 06, 2019
    Kajang, 6 Mac 2019 – "Terima kasih di atas keprihatinan pucuk pimpinan tertinggi polis Johor kerana sudi meluangkan masa melawat suami saya," begitulah ucapan yang dizahirkan oleh Rahimah Abd Ghani isteri kepada Timbalan Ketua Polis Balai, Balai Polis Sedili, Sarjan Pathil Man yang terlibat dalam kemalangan ketika menjalankan tugas pada 19 Disember tahun lalu.
    Baca Lagi
  • 9,988 WARGA PDRM SELURUH KONTINJEN TERIMA APC

    Mar 06, 2019
    Kuala Lumpur, 6 Mac 2019 - Seramai 9,988 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari seluruh kontinjen menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat pasukan tahun 2018.
    Baca Lagi
  • BAYARAN ZAKAT MELALUI POTONGAN GAJI SECARA SUKARELA MUDAHKAN WARGA PDRM

    Mar 05, 2019
    Kuala Lumpur, 5 Mac 2019 – Bagi memudahkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) memenuhi syarat wajib membayar zakat pendapatan, PDRM kini telah menyediakan inisiatif menunaikan kewajipan itu melalui potongan gaji secara sukarela sekaligus memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
    Baca Lagi
  • COURTESY CALL ON DEPUTY IGP BY H.E AMBASSADOR OF BELGIUM

    Mar 05, 2019
    Kuala Lumpur, 5th March 2019 – Ambassador of Belgium, H.E Pascal Gregoire paid a courtesy call to the Deputy Inspector General of Police, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim here at Bukit Aman, today.
    Baca Lagi
  • PIALA RUJIRAWONGSE 2019: PDRM RAMPAS KEJUARAAN DARIPADA RTP

    Mar 04, 2019
    Skudai, 3 April 2019 - Pasukan ragbi senior Polis Diraja Malaysia (PDRM) muncul juara Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse 2019 selepas menumpaskan pasukan lawan dari Royal Thai Police (RTP) dengan mata 10-8, dalam pertarungan sengit di Stadium Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dekat sini, semalam.
    Baca Lagi
  • DYMM SULTAN KEDAH TERIMA SEMBAH MENGADAP KPN & PENGARAH PENGURUSAN PDRM

    Mar 04, 2019
    Kuala Lumpur, 4 Mac 2019 - Sultan Kedah, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menerima sembah mengadap Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Abd Rahim Jaafar di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan, di sini, sebentar tadi.
    Baca Lagi
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS