Kejayaan

Marin Johor Iringi Ekspedisi Berkayak

Mersing, 26 April – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menjadi pengiring peserta Ekspedisi Berkayak buat kali keempat berturut-turut melibatkan 11 pegawai dan anggota.

Ekspedisi berkayak bermula dari Tanjung Leman yang akan melalui Pulau Sibu,Tinggi dan akan kembali ke Tanjung Leman sejauh lebih kurang 30 batu nautika menggunakan 6 single dan 7 double kayak dengan menyertaan seramai 20 orang peserta pada tahun ini.

Komander PPM W2 ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata di antara maklamat ekspedisi ini ialah memberi keyakinan kepada para belia terbabit membina jati diri dan berkeyakinan terhadap kemampuan mendhadapi cabaran, menjalinkan kerjasama berpasukan dalam mencapai sesuatu matlamat dan mendedahkan para peserta mengenai kepentingan pemuliharaan Taman Laut Perairan Mersing.

Selain ekspedisi berkayak pada siang hari, para peserta turut menjalankan aktiviti kepimpinan dan para peserta juga dapat berkongsi pengalaman mengenai tugas pegawai PPM dalam menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan dalam negara perairan dari sebarang perlakuan ancaman jenayah maritim, tambah Paul Khiu.

Ekspedisi yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari Ahad ini merupakan anjuran Great Kayak Expeditors Club (CKEC) dengan kerjasama Asian Outdorr Education Institute (AOEI) Kuala Lumpur.


Sumber : Pasukan Polis Marin Johor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS