Kejayaan

Saudagar Rumah Hantu

Kota Kinabalu: Tembelang dua individu melakukan penipuan dengan menawarkan penjualan rumah dan lot banglo dengan harga murah yang sebenarnya tidak wujud melalui iklan di beberapa akhbar tempatan, pecah selepas mereka ditahan polis dalam serbuan di sebuah premis di Karamunsing Capital, di sini, Khamis lalu.

Kedua dua suspek berusia 47 dan 48 tahun ditahan di premis itu, jam 12.55 tengah hari, berikutan 17 laporan polis berhubung kegiatan penipuan itu di empat daerah di negeri ini membabitkan kerugian lebih RM1,5 juta.

Difahamkan, suspek dipercayai membeli iklan di akhbar tempatan di Sabah mengenai projek perumahan serta penjualan lot banglo yang kononnya akan dilaksanakan di Sabah dengan harga murah melalui sebuah syarlkat.

Bertindak atas laporan ini, sepasukan anggota polis dari Jabaran Siasatan Jenavah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menyerbu syarikat di premis itu sebelum menahan kedua-dua suspek.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, hasil pemeriksaan, syarikat hantu milik suspek tidak mempunyai lesen kontrak pembinaan serta lesen membuat kutipan wang deposit yang sah di sisi undang-undang.

"Dalam serbuan itu, polis turut merampas tiga set komputer, buku akaun bank, telefon bimbit serta dokumen yang disyaki digunakan dalam kegiatan berkenaan.

"Siasatan lanjut mendapati pengarah urusan syarikat berkenaan seorang wanita berusia 48 tahun dan dibantu seorang "elaki berusia 47 tahun." Katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Eksesais Pengambilan Khas Jawatan Konstabcl Lelaki dan Wanita Bagi Remaja Kaum Cina Menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2014.

Hamza berkata, modus operandi suspek adalah menyiarkan iklan di akhbar tempatan di Sabah mengenai projek pembinaan serta penjualan lot banglo yang kononnya akan dilaksanakan di Sabah dengan harga murah.

"Difahamkan, setiap pelanggan berminat akan dikenakan bayaran deposit sebanyak 20 peratus daripada jumlah harga rumah ditawarkan.

"Di samping itu. setiap ejen syarikat yang berjaya menarik pelanggan juga dijanjikan komisen 10 peratus daripada deposit yang dibayar pelanggan mereka.

"Sehingga kini, seramai 76 pelanggan membuat pembayaran deposit dengan nilai kerugian RM1.56 juta tanpa sebarang perjanjian jual beli dan penyerahan kunci di buat sepertimana yang dijanjikan," katanya.

Beliau berkata, setakat semalam, 17 laporan polis yang dibuat pelanggan membabitkan empat daerah di negeri ini iaitu Penampang, Kudat, Kota Belud dan Ranau.

Katanya, kedua-dua suspek direman dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.



Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS