Kejayaan

Suami Isteri Dalang 14 Kes Jenayah Dicekup

Kota Bharu: Sepasang suami isteri yang mendalangi lebih 14 kes jenayah, termasuk pengedaran dadah ditahan polis, dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Mengkali, di sini, petang kelmarin.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis (IPK) Kelantan pada jam 6 petang itu, menahan suspek utama berusia 49 tahun dan isterinya berusia 39 tahun, yang juga warga Thailand.

Turut dirampas dalam serbuan itu, sepucuk pistol berserta empat biji peluru jenis Col 30 buatan China, dipercayai dibeli dari negara jiran beberapa hari lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd Rahman, ketika mengesahkan perkara itu berkata, pasangan suami isteri itu ditahan dalam sebuah kereta milik mereka di Kampung Mengkali dekat Kota Bharu.

"Suspek mengaku senjata api itu milik mereka yang baharu dibeli Khamis lalu dengan harga RM500 di Thailand. Suspek turut mendakwa kali pertama membeli senjata api itu menerusi rakan kenalannya dari negara jiran.

"Bagaimanapun, pemeriksaan terperinci mendapati pasangan suami isteri itu mempunyai lebih 14 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kegiatan jenayah selain pernah dipenjara sebelum ini," katanya.



Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS