Kejayaan

Tiga Penjenayah Dikehendaki Diberkas

Alor Setar - Helah dua lelaki dan seorang wanita berstatus janda termasuk seorang yang berada dalam senarai dikehendaki polis menjadikan sebuah rumah sewa sebagai lokasi menyembunyikan diri berakhir apabila di tahan sepasukan polis di Taman Anggerik Off Lencong Barat di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira kira jam 5 petang itu, tiga suspek terdiri daripada dua lelaki berusia 25 dan 42 tahun manakala wanita berusia 31 tahun ditahan sebelum menemui tiga pucuk pistol termasuk sepucuk tiruan selain ratusan peluru hidup.

Berdasarkan maklumai awam dan risikan, polis berjaya menahan tiga individu terbabit selepas anggota Unit Peronda Polis (MPV) mengesan sebuah kereta jenis Subaru milik individu dikehendaki polis diletakkan di hadapan rumah berkenaan.



Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS