Kejayaan

LELAKI BAWA 2 KG DADAH DIBERKAS

LELAKI BAWA 2 KG DADAH DIBERKAS

Kuala Lumpur, 8 Julai - Seorang lelaki warga tempatan yang baru tiba di Balai Ketibaan Domestik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan selepas pemeriksaan pihak polis menjumpai sejumlah dadah jenis syabu seberat dua kilogram disembunyikan di dalam sebuah kotak pembesar suara yang dibawa oleh suspek, bulan lalu.

Suspek yang difahamkan baru tiba dari Sabah dan tidak mempunyai pekerjaan itu ditahan dan diperksa oleh pihak polis selepas dia dikatakan berkelakuan mencurigakan.

Nilai harga pasaran dadah yang dirampas adalah berjumlah RM300,000 dan suspek ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk siasatan lanjut.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS