Kejayaan

TAKTIK TELAN DADAH LOLOS PEMERIKSAAN GAGAL

TAKTIK TELAN DADAH LOLOS PEMERIKSAAN GAGAL

Kuala Lumpur, 3 Julai – Seorang lelaki warga Timur Tengah yang baru tiba di negara ini telah ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana disyaki menyeludup masuk dadah di negara ini, bulan lalu.

Suspek ditahan di Balai Ketibaan KLIA berpandukan maklumat yang diterima oleh penumpang pesawat sama yang dinaiki beliau dan seterusnya dibawa ke Pejabat Narkotik KLIA untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan daripada pihak polis dan beberapa prosedur daripada pihak hospital, suspek telah mengeluarkan sejumlah 823 gram dadah syabu yang telah ditelannya.

Nilai rampasan dadah dianggarkan sebanyak RM123,450 dan suspek kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS