Kejayaan

TIGA DITAHAN TERLIBAT JUDI PIALA DUNIA

Kuantan, 24 Jun - Tiga lelaki ditahan dipercayai terlibat
dengan sindiket perjudian bola sepak Piala Dunia melibatkan wang pertaruhan RM37,000.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Risikan dan Operasi Pahang, Supt Md Zamrie Mat Zanu berkata mereka yang berusia antara 24 hingga 52 tahun diberkas berasingan di sini dan Triang, Bera dalam Ops Soga pada Sabtu dan Ahad lepas.

Beliau berkata suspek ditahan di dua premis berasingan di sini antara pukul 2 hingga 3 pagi pada Sabtu manakala seorang lagi ditahan di sebuah rumah di taman perumahan dekat Triang esoknya.

"Dalam serbuan itu polis turut merampas sebuah komputer riba, telefon bimbit dan modem wi-fi yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pertaruhan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953. Beliau berkata sehingga kini sebanyak lapan orang yang terlibat dalam sindiket perjudian bola sepak Piala Dunia diberkas di negeri ini sejak perlawanan berlangsung.

Sumber: BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS