Kejayaan

DADAH: PENJAWAT AWAM DIBERKAS

Kuala Lumpur, 26 Ogos – Seorang penjawat awam antara yang ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada 19 Ogos lalu.

Serbuan yang dijalankan di sebuah rumah di Ipoh,pihak polis turut menahan tiga lelaki tempatan bersama rampasan dadah heroin seberat 24.8 gram.

Kesemua suspek kini ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti beberapa ahli sindiket yang masih bebas.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS