Kejayaan

MAKMAL PROSES EKSTASI DISERBU

Kuala Lumpur, 26 Ogos – Sebuah rumah yang dijadikan makmal memproses pil ekstasi di Johor Bahru telah diserbu oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada 17 Ogos lalu.

Dalam serbuan tersebut, pihak polis telah menahan seorang lelaki tempatan dan berjaya merampas 2.2 kilogram (kg) pil Ekstasi, 21 kg serbuk pil ekstasi, 22 kg serbuk kafein serta perkakasan untuk menghasilkan pili ekstasi dalam rumah tersebut.

Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM2.7 juta dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti ahli sindiket yang masih bebas.

Sementara itu, di Petaling Jaya Selangor, pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya polis telah berjaya merampas dua kg dadah jenis ketamine dan menahan empat orang lelaki dan seorang wanita tempatan dalam satu pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang dinaiki kesemua suspek pada 18 Ogos lalu.

Nilai rampasan dianggarkan RM40,000 dan kesemua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS