Kejayaan

DUA REMAJA DITAHAN, RAGUT PELANCONG JEPUN

Kota Kinabalu, 28 Ogos - Dua remaja lelaki warga asing diberkas dengan bantuan orang ramai sejurus selepas meragut pelancong wanita warga Jepun di Waterfront, Warisan Square dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisoner M. Chandra berkata, mangsa menjerit meminta pertolongan sehingga menarik perhatian pengawal keselamatan bangunan dan orang awam di lokasi kejadian.

Hasil pemeriksaan dijalankan terhadap mereka mendapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS