Kejayaan

VAN PENJENAYAH MASUK FB

Kuching, 28 Ogos - Dua suspek yang cuba menyamun sepasang suami isteri ditahan polis selepas gambar van digunakan penjenayah terbabit dikongsi dalam laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini, kelmarin.

Dua lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditahan dalam rondaan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Sekama kira-kira jam 12 tengah hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Fauzilan Abdul Aziz, berkata pihaknya turut menemui sebilah parang semasa pemeriksaan dijalankan ke atas van tersebut.

“Pemeriksaan mendapati kenderaan digunakan suspek disahkan dicuri selepas dilaporkan hilang di Batu Kawa, Julai lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 394, Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan Letupan dan Senjata Berbahaya (ABKL) dan 379 A Kanun Keseksaan.



Sumber: Berita Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS