Kejayaan

KELDAI DADAH FILIPINA KANDAS DI KLIA

Kuala Lumpur, 29 Ogos – Seorang wanita warga Filipina ditahan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam berikutan maklumat jenayah penyeludupan yang diterima oleh pihak polis.

Wanita terbabit ditahan kira-kira jam 7.35 pagi selepas menyembunyikan lima bungkusan plastik mengandungi ketulan kristal disyaki syabu seberat 3.1 kilogram bernilai RM620,000 di dalam bagasinya.

Nilai pasaran rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM620,000 dan suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kejayaan tangkapan ini adalah hasil kerjasama perkongsian maklumat di antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan pihak Office of the Narcotics Control Board (ONCB) Thailand.


Pengarah JSJN, Datuk Noor Rashid ketika sidang media JSJN pada hari ini.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Noor Rashid bin Ibrahim menunjukkan dadah yang disorokkan dalam bagasi...


Dadah yang dirampas..

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS