Kejayaan

WARGA INDONESIA DITAHAN DI LABUAN MILIKI 150 GRAM SYABU

Labuan, 30 Ogos - Seorang warga Indonesia ditahan kerana memiliki syabu seberat 151.15 gram bernilai RM33,000 di Taman Guan Huat di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Labuan, DSP Douglas Nyeging Taong berkata lelaki berusia 57 tahun itu ditahan pada pukul 1.15 tengah hari.

Beliau berkata dadah itu ditemui di dalam bungkusan plastik yang mengandungi kristal syabu pada badan suspek.

"Penahanan lelaki ini membawa kepada rampasan terbesar syabu setakat ini tahun ini. Suspek juga didapati pernah melakukan kesalahan lalu dan dihantar pulang ke negara asalnya. Namun tiga minggu yang lepas, dia kembali ke Labuan," katanya.

Dadah tersebut dipercayai untuk dijual di sekitar pulau ini.
- BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS