Kejayaan

KHIDMAT KURIER: TAKTIK BAHARU SINDIKET DADAH ANTARABANGSA

Kuala Lumpur, 15 Sept – Berikutan penguatkuasaan kawalan keselamatan yang ketat di pintu masuk negara, sindiket pengedaran dadah antarabangsa kini telah mengubah modus operandi mereka daripada taktik ‘keldai dadah’ kepada taktik penyeludupan kargo udara melalui syarikat perkhidmatan kurier.

Dalam tempoh 8 sehingga 13 September lalu, sebanyak enam kes berkenaan taktik ini telah berjaya dipatahkan oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana dua individu telah ditahan.

Kedua-dua suspek tersebut iaitu seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warganegara Afrika telah direman selama tujuh hari di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam tempoh tersebut juga, pihak polis juga telah menjalankan rampasan dadah yang dianggarkan bernilai RM5 juta.

Kejayaan ini adalah hasil kerjasama JSJN PDRM dengan Agensi Penguatkuasaan Dadah Antarabangsa dan pelbagai syarikat perkhidmatan kurier antarabangsa sekaligus berjaya menyekat bekalan dadah dari luar negara daripada memasuki pasaran tempatan.



Pengarah JSJN ketika sidang media JSJN pada hari ini.


Hasil-hasil rampasan dadah...


Kaedah dadah disembunyikan untuk mengaburi pemeriksaan pihak berkuasa.


Hasil-hasil rampasan..
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS