Kejayaan

HAJAT SELUDUP KELUAR DARI MALAYSIA TIDAK KESAMPAIAN


Kota Tinggi, 17 Sept - Kanak-kanak antara 33 Pendatang Tanpa Izin (PTI) warga Indonesia yang ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang, di sini, petang semalam.

Serbuan yang dijalankan sekitar jam 6 petang di Hutan Ladang Biotek, Bandar Penawar Kota Tinggi Johor berjaya menahan 23 lelaki, tujuh wanita dan tiga kanak-kanak.

Menurut Komander PPM Wilayah 2 ACP Paul Khiu Khon Chiang kesemua PTI dipercayai cuba untuk keluar dari Malaysia melalui laluan yang tidak diwartakan.

"Pemeriksaan kita (polis) turut mendapati mereka tinggal lebih masa selain tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, "katanya.

Kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut.

HAJAT SELUDUP KELUAR DARI MALAYSIA TIDAK KESAMPAIAN
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS