Kejayaan

DADAH: DUA LELAKI NIGERIA DICEKUP

Kuala Lumpur, 25 Sept – Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Brickfields, Kuala Lumpur telah menahan dua lelaki warga Nigeria dan merampas 908 gram dadah jenis syabu yang ditemui dalam beg galas yang dibawa oleh seorang daripada suspek pada 10 September lepas.

Kedua-dua suspek ditahan di sebuah restoran di Bandar Sri Petaling, Kuala Lumpur setelah pihak polis menerima maklumat pengedaran dadah melibatkan warga negara itu.

Nilai harga pasaran semasa dadah yang dirampas adalah RM136,200 dan kedua-dua suspek yang berumur 28 dan 29 tahun itu kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS