Kejayaan

DADAH RM1.35 JUTA KANDAS DI KLIA

Kuala Lumpur, 25 Sept – Sembilan kilogram (kg) dadah syabu telah berjaya dirampas ekoran penahanan seorang lelaki warga Afrika di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 11 September lepas.

Dadah tersebut ditemui dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mendapati suspek berada dalam keadaan yang mencurigakan.

Nilai rampasan dadah adalah RM 1.35 juta dan suspek kini ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta dadah Berbahaya 1952.

Pihak polis kini sedang menggiatkan siasatan dalam mengenalpasti ahli-ahli sindiket yang terlibat.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS