Kejayaan

POLIS TERUS KEKANG SINDIKET EDAR DADAH GUNA KHIDMAT KURIER

Kuala Lumpur, 25 Sept – Susulan sindiket kiriman dadah menggunakan perkhidmatan kurier yang semakin aktif kebelakangan ini, pihak polis telah mempergiatkan usaha dalam memastikan aktiviti ini dibanteras dan pada 13 September lalu, melalui Op Brotula yang dilancarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, pihak polis telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kotak kiriman di sebuah premis perkhidmatan kurier di Komples Kargo Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang Selangor dan menjumpai 4.38 kilogram syabu yang disorokkan dalam beberapa beg tangan wanita di dalam kotak terbabit.

Jumlah rampasan dadah dianggarkan bernilai RM876,000 dan siasatan masih diteruskan dalam mengenalpasti ahli sindiket yang terlibat.

Sebelum itu, di lokasi yang sama, pihak polis turut berjaya merampas 1.3 kg dadah syabu yang disorokkan di dalam dua buah alat pengurut kaki di mana hasil rampasan dianggarkan bernilai RM260,000.

Siasatan lanjut juga masih dijalankan bagi mengesan ahli-ahli sindiket yang terlibat.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS