Kejayaan

SINDIKET EDAR DADAH SUNGAI PETANI KECUNDANG

Kuala Lumpur, 25 Sept – Dua lelaki tempatan ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah dalam satu serbuan yang dijalankan di kawasan letak kereta sebuah pusat membeli belah di Sungai Petani, Kedah pada 18 September lepas.

Dalam serbuan tersebut, pihak polis merampas 9.8 kilogram (kg) ganja, 4.6 kg heroin dan 560 gram syabu dalam kereta yang dinaiki kedua-dua lelaki tersebut.

Semakan rekod jenayah kedua-dua suspek mendapati seorang daripada mereka mempunyai 25 rekod lampau dan nilai pasaran dadah yang dirampas dianggarkan RM 150,000.

Kedua-sua suspek kini ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pihak polis kini sedang menggiatkan usaha dalam mengesan saki baki ahli sindiket yang terlibat.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS