Kejayaan

2 PENJENAYAH DITAHAN LEPAS DIKEJAR 20 MINIT

Kuala lumpur, 26 Sept. - Tempoh 20 minit mencemaskan apabila lima kereta peronda polis mengejar dua suspek penjenajah menaiki kereta Perodua Myvi sejauh lebih 15 kilometer.

Kejadian bermula apabila sebuah kereta peronda dari pada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul terserempak dengan kereta dinaiki suspek dalam keadaan mcncurigakan dan diarahkan untuk  berhenti bagi tujuan pemeriksaan bagaimanapun mereka bertindak memecut melarikan diri.

Anggota polis bertugas terpaksa mengejar kereta suspek dari Bulatan Kepong sehingga ke Ampang, Selangor selain mendapatkan bantuan kereta peronda lain sebelum berjaya dipintas.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis syabu melalui ujian air kencing yang dilakukan terhadap mereka.


Sumber: Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS