Kejayaan

CARI SENJATA DAPAT GANJA

Sungai Petani, 26 Sept. - Sepasukan anggota polis yang melakukan serbuan ke atas sebuah rumah didiami seorang lelaki kerana disyaki memiliki senjata api terkejut apabila menemui sejumlah besar ketulan mampat dadah jenis ganja di premis terbabit dalam kejadian di Jalan Kuala Ketil, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 8.30 malam, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabai Polis Daerah (IPD) Kuala Muda melakukan pemeriksaan dan menahan dua lelaki termasuk seorang daripadanya turut disyaki terbabit dalam kegiatan kongsi gelap.

Pemeriksaan lanjut yang dibuat di dalam rumah itu tidak menemui sebarang senjata api, sebaliknya polis menemui 56 ketulan mampat daun kering dipercayai dadah jenis ganja dibalut dengan plastik dengan anggaran beral kasar Iebih 50 kilogram

Pemeriksaan awal ke atas lelaki yang ditahan itu mendapati dia menerima upah lumayan untuk mengambil bekalan dadah terbabit dari negara jiran sebelum diseludup ke negara .


Sumber: Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS