Kejayaan

STING BERKAS 105 PENAGIH

Maran, 26 Sept. - Empat wanita antara 105 penagih dadah serta pengedar kecil ditahan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Naikotik (STING), Bukit Aman dan Jabatan Siasatan lunayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dalain Ops Indra Khas 2014 di daerah ini sejak Isnin lalu hingga kelmarin.

Timbalan Komander STING Bukil Aman Senior Asisten Komisioner Roslan Abd Wahid berkata, dalam operasl itu, 161 pegawai dan anggota JSJN IPK Pahang serta STING menggempur habis-habisan pengedar kecil serta penagih.

Tindakan yang efektif diambil oleh polis membuahkan hasil apabila penagih-penagih kecil gagal memboloskan diri kerana dikepung pasukan STING sebelum menemui 7.7 gram (g) heroin (8g) ganja dan (0.5g)

Dalam pada itu, pihak polis turut mengenal pasti 12 pengedar dadah yang amat dikehendaki apabila dikesan menjadi pembekal kepada pengedar kecil kecilan di daerah itu selepas mendapat bekalan bahan terlarang itu dari negeri jiran dan percaya sekiranya polis berjaya menahan mereka yang terlibat sindiket pengedaran dapat dibanteras termasuk melumpuhkan dalang terbesar dipercayai aktif membekalkan dadah ke negeri ini dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Terengganu dan Kelantan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS