Kejayaan

PDRM JOHAN TANJUNG PINANG INTERNATIONAL DRAGON BOAT 2014




Kepulauan Riau, 26 Okt - Pasukan perahu naga Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merampas kejuaraan daripada juara bertahan 'Eagle Batam' sekali gus memecahkan tradisi dalam Tanjung Pinang International Dragon Boat Race 2014 di Sungai Karang, Tanjung Pinang dekat sini. 

Pasukan PDRM merupakan wakil tunggal Malaysia yang layak ke peringkat akhir sekali gus menjulang nama negara dan PDRM dalam acara perahu naga.

Johan telah menerima wang berjumlah 40 juta Rupiah (RM10,876.08), piala pusingan dan piala iringan yang mana piala pusingan telah disampaikan oleh SAC Dato' Abdul Aziz Yusof, Komander Pasukan Polis Marin (PPM) selaku Pengerusi Sukan Air PDRM.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS