Kejayaan

EMPAT AHLI GENG MAMAK TUMPAS DAN DUA LAGI DIBURU

Ipoh, 17 Dis – Selepas kejayaan menangkap dua ahli Geng Mamak di sebuah rumah di Jalan Kuala Kangsar 7 Disember lepas, Polis Perak hari ini mengumumkan telah berjaya menangkap dua lagi ahli geng kumpulan itu di Lenggong Perak pada Ahad lepas.

Hasil maklumat orang awam dan risikan yang dijalankan, seorang lagi ahli geng Mamak telah ditahan di Kuala Kangsar semalam namun lelaki itu bertindak melepaskan tembakan ke arah pasukan polis bagaimanapun ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.

Semakan yang dilakukan terhadap suspek mempunyai dua rekod jenayah samun di Kamunting dan kes bunuh seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Kerian pada Mei lalu.

Pihak polis telah menjalankan serbuan di tiga premis berasingan di Kampung Tawas, Lenggong dan Kuala Kangsar dan berjaya merampas sepucuk pistol Colt Semi Auto, pelbagai senjata tajam, peralatan pecah rumah, jaket berlambang polis, lencana integriti Kastam dan pelbagai jenis telefon bimbit selain itu turut dijumpai sebuah kereta Subaru Impreza yang dicuri di Selangor.

Kini, pihak polis masih memburu dua lagi ahli geng iaitu Mohd Sharif Abu Bakar (620226-08-5113) dan Nazrulhizam Mohamad Ramli (791027-08-5109).

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dua suspek boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis atau tampil di mana-mana balai berdekatan.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS