Kejayaan

32 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS BERSEPADU

32 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS BERSEPADU

MELAKA, 22 Dis - Sebanyak 32 warga asing termasuk lapan wanita
ditahan dalam operasi bersepadu di kawasan rumah kongsi berhampiran Taman Krubong Jaya di sini, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata kesemua yang ditahan meliputi 14 lelaki dan tujuh wanita warga Indonesia; enam lelaki dan seorang wanita warga Myanmar; tiga lelaki warga Nepal dan seorang lelaki Bangladesh berusia antara 20 hingga 50 tahun.

"Ketika operasi mereka sedang tidur dan ada yang sedang menyediakan sarapan pagi selain terdapat kira-kira empat warga asing cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan polis," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Beliau berkata kesemua mereka didapati melakukan kesalahan memasuki dan tinggal di negara ini tanpa pas atau permit yang sah serta diserahkan kepada Jabatan Imigresen Melaka untuk tindakan lanjut.

Katanya 100 anggota termasuk daripada Jabatan Imigresen Melaka dan Jabatan Pendaftaran Negara terlibat dalam operasi selama tiga jam bermula 6 pagi. - BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS