Kejayaan

PPM WILAYAH LIMA BERJAYA KESAN RANGKA MOTOSIKAL CURI


Kuching, 29 Dis - Unit Selam Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 berjaya mengesan sebuah rangka motosikal curi di Kampung Taman Mawar Gita, di sini, pagi semalam.

Menurut komandernya ACP N.Kalai Chelvan, pihak Ibupejabat Pejabat Daerah (IPD) Kuching telah meminta bantuan polis marin bagi mengesan rangka motosikal curi yang telah dibuang di sebuah sungai di kampung berkenaan.

Tambah beliau, operasi yang diketuai oleh Sarjan Talib Lihi bersama tiga lagi anggota berjaya mengesan kerangka motosikal tersebut dan kemudian diserahkan kepada pihak IPD Kuching untuk tindakan lanjut.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS