Kejayaan

KENDALI BOT PENUMPANG TANPA KEBENARAN, SEORANG LELAKI DITAHAN


KENDALI BOT PENUMPANG TANPA KEBENARAN, SEORANG LELAKI DITAHAN

Pelabuhan Klang, 13 Jan – Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang telah menahan seorang lelaki warga Indonesia yang membawa bot penumpang tanpa kebenaran di perairan Pelabuhan Klang semalam.

Komandernya ACP Mohd Yusof Abdullah berkata, semasa rondaan pasukannya telah memeriksa sebuah bot penumpang bernombor 'BPK831' di perairan tersebut.

"Setelah diperiksa lelaki tersebut gagal mengemukakan sijil dan lesen mengendalikan bot berkenaan," katanya lagi.

Lelaki dan bot tersebut telah diserahkan kepada pihak Jabatan Laut Wilayah Tengah, Pelabuhan Klang untuk disiasat di bawah Seksyen 474 (2) dan 477 (3) Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1953.

Pihak PPM memandang serius berkaitan perkara ini kerana ia melibatkan nyawa orang awam yang menggunakan perkhidmatan tersebut dan akan terus membuat pemeriksaan ketat serta tindakan tegas akan diambil terhadap pengusaha yang gagal mematuhi peraturan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS