Kejayaan

PPM WILAYAH SATU TAHAN DUA WARGA INDONESIA TINGGAL LEBIH TEMPOH


Pelabuhan Klang, 13 Jan – Dua lelaki warga Indonesia ditahan dalam Operasi Tango Papa yang dijalankan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu di Laut Kapar, di sini, lewat petang semalam selepas didapati tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang ditetapkan.

“Ketika pemeriksaan dibuat oleh empat anggota ke atas sebuah sampan nelayan yang sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan, didapati pas lawatan yang dimiliki oleh kedua-dua lelaki tersebut telah tamat tempoh,” ujar Komander PPM Wilayah Satu ACP Mohd Yusof Abdullah.

Kedua-dua suspek yang berusia 38 dan 40 tahun itu kemudiannya dibawa ke Markas Operasi Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS