Kejayaan

DUA LELAKI DITAHAN MILIKI ROKOK PUTIH

Miri, 16 Jan – Dua lelaki ditahan dalam Operasi Landai yang dilakukan oleh sepasukan Polis Marin Wilayah 5 di Jalan Brooke, Open Air Market, di sini petang semalam.

Serbuan yang dijalankan sekitar pukul 5.40 petang telah dianggotai oleh seorang pegawai kanan bersama tujuh anggota itu terlebih dahulu telah menahan seorang lelaki tempatan berumur 38 tahun yang sedang menunggu di dalam sebuah kereta jenis Proton Iswara di pasar berkenaan.

Menurut Komandernya ACP Kalai Chelvan pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam berkaitan penyeludupan rokok putih.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 310 karton rokok putih pelbagai jenama berada di dalam kenderaan tersebut, katanya.

Dalam serbuan berasingan, seorang lagi lelaki tempatan berumur 36 tahun turut ditahan di lokasi yang sama kerana memiliki hampir 214 karton rokok putih pelbagai jenama semasa pemeriksaan dijalankan ke atas kenderaan yang dinaiki suspek.

“Kita (polis) telah merampas kesemua rokok putih yang dijumpai dan dianggarkan bernilai hampir RM6,645 selain kenderaan kedua-dua suspek turut dibawa balik untuk siasatan lanjut.

“Kedua-dua suspek telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967 di mana mereka tidak mempunyai dokumen atau kebenaran memiliki dan mereka dirujuk ke Jabatan Kastam Bahagian Miri untuk siasatan dan tindakan selanjutnya”, tambahnya lagi.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS