Kejayaan

DADAH 1.8KG DALAM GUNI BERAS

Muar: Polis merampas pelbagai barangan termasuk dadah seberat 1.8 kilogram di sebuah rumah yang dijadikan tempat menyimpan bahan terlarang di Jalan Kampung Sayor, Bakri, di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah, ACP Aman Ayob berkata heroin tersebut disembunyikan dalam guni beras yang dijumpai dalam sebuah bilik dan belakang rumah ketika serbuan kira-kira jam 4 petang itu.

Katanya, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 28 tahun serta merampas sebuah Toyota Altis berharga RM80,000 selain sebuah motosikal Modenas Kriss berharga RM5,000.

Menurutnya kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan direman sehingga 2 Februari ini.


Sumber: Sinar Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS