Kejayaan

PPM SELAMATKAN BENIH KERANG

Kuala Sepetang, 29 Jan - Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menyelamatkan benih kerang dalam sebuah operasi yang dijalankan di kawasa Sungai Sepetang, pagi semalam.

Dalam operasi yang disertai lima anggota PPM Wilayah 1 itu turut berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 27 tahun yang berasal dari Kuala Sepetang, Perak.

Menurut komandernya ACP Mohd Yusof Abdullah, semasa pemeriksaan dijalankan suspek gagal menunjukkan permit benih kerang yang berada di atas bot tersebut.
"Suspek telah melakukan kesalahan di bawah Perkara 4(1) Peraturan Perikanan iaitu pemuliharaan dan kultur kerang.

"Kami telah merampas kesemua benih kerang yang bernilai hampir RM4,200 dan bot yang digunakan," jelasnya lagi.

Suspek dan barangan yang dirampas diserahkan ke Jabatan Perikanan Kuala Kurau, Kerian Perak untuk tindakan selanjutnya.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS