Kejayaan

LANGGAR SYARAT PERMIT KERJA, DUA DITAHAN

Kuching, 29 Jan - Dua lelaki warga asing ditahan kerana melanggar syarat permit dalam operasi yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 di perairan muara sungai Tebas, di sini pagi tadi.

Kedua-dua suspek yang berumur 18 tahun dan 19 tahun itu ditahan di atas sebuah kapal yang sarat dengan muatan kayu balak.

Menurut Komander PPM Wilayah 5 ACP Kalai Chelvan Nadarajan pemeriksaan dijalankan terhadap kedua-dua suspek mendapati telah melanggar syarat permit.

"Difahamkan mereka adalah pekerja di atas kapal tersebut namun semakan permit kerja, dapati mereka sepatutnya bekerja di kapal lain, jelasnya.

Kedua-dua suspek dibawa ke markas PPM Wilayah 5 dan disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS